Monday, October 4, 2010

KERABU SOTONG


BAHAN-BAHAN:
1. satu mangkok Sotong
2. 2 Bawang besar
3. 2 biji limau nipis
4. 3 sudu besar fish source
5. sedikit daun ketumbar
6. garam dan gula secukup rasa. agak-agak la yer
7. cili padi sedikit. Nak pedas letak la banyak-banyak
8. 1 biji tomato
9. Daun ketumbar sedikit.

CARA-CARANYA:
-Bersihkan sotong.boleh potong bulat-bulat atau memanjang ikut suka.
-Rebuskan sotong dalalm 5 minit, kemudian toskan airnya.
-Potong cili, daun ketumbar, bawang besar dan tomato, ia hendakla dihiris halus.
-Campurkan kesemuanya bersama-sama dengan sotong yang telah direbus.
-akhir sekali perahkan air limau nipis, secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA

GULAI NANGKA


BAHAN-BAHAN:
1. Nangka muda suka berapa banyak
2. Ikan bilis sedikit (Terpulang nk atau x)
3. Cili padi sedikit, nak pedas banyak la yer
4. Kunyit (2 inci)
5. Bawang merah 2 biji
6. Asam (1 keping)
7. Serai 1 batang
8. Santan 2 cawan
9. Garam secukup rasa

CARA-CARANYA:
-NAngka tadi hendakla diptong kecil-kecil ikut kesesuaian dan hendakla di rebus
terlebuh dahulu, setelah masak nangka rebus tadi , toskan airnya.ambil nangka
sahaja.
-Tumbukkan satu persatu sehingga lumat bahan-bahan seperti kunyit,bawang merah,
sedikit garam dan juga ikan bilis.
-Selepas itu , masukkan santan dan nangka dan serai, asam keping, sili padi tadi
bersama0-sama dengan bahan yang telah ditumbuk itu tadi.
-Kacau seketika dan panaskan periuk itu.
-kacau sekali sekala supaya santan tidak berketul dan dan tunggu sehingga ia mendidik. tandanya dah masak la tuh

SELAMAT MENCUBA

KERABU PERUT


BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan ini perlu dihiris nipis kecuali taugeh dibiarkan begitu jer
1. Semangkuk kecil perut lembu, perut ayam x nk ok.kekeke
2. Sedikit Taugeh
3. 1 biji tomato
4. 1 biji bawang besar
5. sedikit cili, kalau nk pedas banyak la
6. 2 biji limau nipis
7. sedikit daun ketumbar dan daun kesum

BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk di tumbuk
1. Sedikit Kerisik
2. 2 batang serai
3. 2 sudu udang kering, jangan lupa bersihkan dulu yer
4. 4 ulas bawang putih
5. 1/2 bawang besar
6. sedikit belancan
7. sedikit jer halia dalam 1/4 ok.

bahan-bahan ini perlula di tumbuk, kalau besar boleh potong kecil-kecil dulu dan tumbuk kan senang ok.

CARA-CARANYA:
-Tumbukan bahan yang perlu ditumbuk tadi sehingga hampir hancur dlm 3/4
-kemudian gaulkan dengan perut yang telah dihiris itu tadi
-Gaulkan juga dengan sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi
-Akhir sekali gaulkan semua itu tadi bersama dengan air perahan limau nipis itu tadi.

SELAMAT MENCUBA

KERABU KACANG BOTOL


BAHAN-BAHAN:
1. 4 Batang kacang botol (dihiris nipis)
2. segengam tauge (celurkan sekejap)
3. 1 biji tomato
4. 2 biji bawang merah
5. cili ikut kemahuan nak pedas banyak la
6. udang kering sedikit
7. sedikit belacan
8. kerisik
9. limau nipis
10. garam dan gula secukup rasa

CARA_CARANYA:
-Masukkan kerisik, belacan, cili masak, udang kering dan bawang merah tadi di tumbuk bersama.
- Masukkan bahan yang telah dihiris nipis tadi seperti kacang botol tomato , tauge,cili kedalam satu mangkuk dan gaulkan bersama dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk itu tadi.dan di gaulkan hnga sebati.
-Akhir sekali tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa berserta perahan air limau nipis.Dan gaulkan sehingga sebati dan makannnnnnnnnnnnnnn

SELAMAT MENCUBA
-

Saturday, October 2, 2010

KERABU IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN:
1. Ikan Bilis (ikut Hidangan berapa orang makan)
2. 2 Biji bawang Merah
3. 1 Biji bawang Putih
4. 1/2 biji bawang besar
5. 1 biji buah tomato
6. 6 batang serai
7. 1 biji limau nipis
8. i batang bunga kantan
9. cili kecil ikut keadaan nak pedas letak la banyak
10. 1 batang kacang panjang

CARA-CARANYA:
-Semua bahan-bahan tadi kecuali ikan bilis dan limau nipis hendaklah di potong halus-halus supaya menjadi kecil dan digaulkan bersama didalam satu belas.
-setelah itu gorengkan ikan bilis tadi sehingga garing dan campurkan dalam bahan-bahan yang lain yang telah digaulkan itu tadi. Ikan bilis ini juga boleh jika tak mahu goreng cuma perlu bersihkan dan campurkan dalam bahan-bahan yang telah digaul tadi.
-Setelah itu perahkan limau nipis itu tadi kedalam bahan-bahan yang telah dicampurkan itu.
- Setelah itu siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

UDANG MASAK KUNYIT


BAHAN-BAHAN:
1. Udang 8 ekor
2. 1/2 bawang Besar
3. 1/2 sudu serbuk kunyit
4. 4 biji cili merah atau hijau
5. 1 biji buah tomato atau boleh masukkan juga kacang panjang atau bunga kubis.
6. garam dan ajinomoto secukup rasa (cant predit la, letak la seperiuk pun kalau x ada
rasa lagi..kekekkeke)

CARA-CARANYA:
-Bersihkan udang dahulu, selepas itu gaulkan udang tadi bersama dengan garam, kunyit
dan ajinomoto.
-Panaskan minyak didalam kuali bukan kawah, dan apabila panas masukan udang yang telah digaulkan bersama-sama dengan bahan-bahan tadi.
-Goreng udang sehingga garing.
-Setelah itu masukkan bahan-bahan seperti bawang besar,cili merah atau hijau.
-Dalam 1 minit kemudian masukan satu biji tomato itu tadi, jangan lama nanti tomato itu tadi akan jadi lembik x sedap.
-Akhir sekali bolehlah ditutup api, dan hidangkan.

Selamat Menjamu Selera
-