Saturday, October 2, 2010

KERABU IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN:
1. Ikan Bilis (ikut Hidangan berapa orang makan)
2. 2 Biji bawang Merah
3. 1 Biji bawang Putih
4. 1/2 biji bawang besar
5. 1 biji buah tomato
6. 6 batang serai
7. 1 biji limau nipis
8. i batang bunga kantan
9. cili kecil ikut keadaan nak pedas letak la banyak
10. 1 batang kacang panjang

CARA-CARANYA:
-Semua bahan-bahan tadi kecuali ikan bilis dan limau nipis hendaklah di potong halus-halus supaya menjadi kecil dan digaulkan bersama didalam satu belas.
-setelah itu gorengkan ikan bilis tadi sehingga garing dan campurkan dalam bahan-bahan yang lain yang telah digaulkan itu tadi. Ikan bilis ini juga boleh jika tak mahu goreng cuma perlu bersihkan dan campurkan dalam bahan-bahan yang telah digaul tadi.
-Setelah itu perahkan limau nipis itu tadi kedalam bahan-bahan yang telah dicampurkan itu.
- Setelah itu siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment